si kacak si cantik

tak tahu na cakap apa lagi !

YA ALLAH ! jangan lha kaw sekse hanba mu ini
sebab ako tatao na wt apa ?? sebab ako ter sekse
tapi bukan tersekse sebab SI DIA ! malah pasal laen :'(
ako merana sebab abg tiri ako .. PAGAI CHAM S*** ! AKO TA SHUKE
KAW !!! sebab kaw jahat !! p nyah berambus .. kaw tade hak na
lempang ako !!!!!!!!!!

tinggal kenangan sajahe !



huh shayunk kenapa kaw buwat diri ini merane selme ini ,
kenapa kaw buwat ako bersedih kerane mu shayunk ,
ako ta sggup lagy dha , tapy pape hal uwn ako
berterima kasih la kan sebab kaw buwat pernah
hadir dalam diri ini tuk menemani dri ini y tak
sempurna mana puwn dan terima kasih jugx selme ini
jadi uwg tershayunk ako !

ako dha rindu dgn kenangan itew dlu ,
contoh nye kitew lepak same-ii dekt uma ako
n mlm kua lpz dkt kedai macam dlu nieyh
cam dekat bawah nieyh





tenguk mesra nye kita mse too kan ! ^^
tapy tape too dlu kala bagy kaw la kan
tapy bagy ako too semue baru dlm idup ako
sebab tade laki y akn berani buwat ako cam
too kecuali kaw sayang ! tapy tape too semue
kenan kita kan ! kenangan kita bersama , tapy
tatao lha kaw jadi kan ta kenangan kita too ..
anyway what ever sebab sekarg ako uwn ta pentg
dalam idup kaw kan sebab adq kaw uwn ckp kaw
dha ta na layan ako soo k . akp fham , ako emg
pempuan terhina bagy kaw ! k-ii ako fhm ^^ ...
n just now tade makne ag kaw an skunk bile ako ltk pic
cham nieyh sebab ako an pempuan hine chume pic nieyh akn
berubah jadi lLOVE ynag hancur cam nieyh

--------->



soo tape ta esa a ap kaw na buwat degn kenangan uw
TERSERAH !
tapy ako akn simpan bnde n kenangan kita bersama
di diary online ako ! k a puppay

Manusia Kanibal Berkahwin Dengan Pontianak

UNITED KINGDOM – Seorang lelaki kanibal yang telah membunuh dan memakan daging teman wanitanya dikhabarkan telah bertunang dengan seorang gadis ‘pontianak’ yang pernah meminum darah ‘segar’ lelaki selepas dibunuh.

Kedua-dua pasangan ‘pelik’ dan ‘jahat’ itu telah dimasukkan ke dalam unit rawatan psikiatri yang sama di Sweden untuk dilakukan pemeriksaan lanjut ke atas diri mereka.

Lelaki kanibal yang berusia 33 tahun dan teman wanita ‘pontianaknya’, 23, bercadang untuk berkahwin antara satu sama lain setelah mengetahui kisah hidup dan amalan lampau masing-masing.

Malah, pasangan itu telah digelar sebagai ‘pasangan paling jahat di dunia’ oleh masyarakat sekeliling.

Menurut laporan dari Daily Chilli, pasangan itu telah membuat panggilan telefon ke syarikat akhbar, The Sun di UK kerana dalam cubaan untuk ‘menjual’ cerita perkahwinan ‘tidak suci’ mereka.

Tetapi, ‘permintaan’ mereka itu tidak dipersetujui oleh syarikat media terbabit kerana The Sun tidak akan membayar kepada sesiapa yang bersalah kerana melakukn jenayah berat.

Akhbar itu juga melaporkan Sweden adalah negara yang mempunyai sistem kehakiman yang liberal di mana pasangan terbabit boleh ‘mengelakkan’ diri dari dijatuhkan hukuman penjara sekiranya mereka mendapatkan rawatan psikiatri.

Panggilan telefon dari pasangan tersebut kepada syarikat akhbar itu jelas menunjukkan salah satu contoh keistimewaan yang penjenayah perolehi dari sistem kehakiman negara itu.

Walaupun pasangan ‘kejam’ itu tidak akan dibebaskan dalam masa terdekat, berita tentang perkahwinan mereka yang dirancang masih lagi belum jelas sama ada akan diteruskan atau tidak.

Manusia kanibal adalah manusia yang paling sadis dan kejam di dunia di mana gejala itu dipanggil sebagai kanibalisme, memakan daging manusia lain untuk meneruskan hidup.

Tanda-tanda Ajal Bakal Menjemput | Tanda 100 Hari Sebelum Hari Kematian Anda

Adapun riwayat-riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hamba-Nya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walau bagaimanapun, semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam saja, sedangkan orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah, nyawa mereka ini akan dicabut tanpa peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.

Adapun tanda-tanda ini terbahagi pada beberapa keadaan :

1. Tanda 100 Hari Sebelum Hari Kematian

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hamba-Nya dan hanya akan disedari oleh mereka- mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini, hanya apakah mereka sedar atau tidak saja. Tanda ini akan berlaku lazimnya setelah waktu ‘Asar. Seluruh tubuh mulai dari ujung rambut sampai ke ujung kaki akan mengalami getaran, seakan-akan menggigil. Contohnya seperti daging sapi yang baru disembelih, dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan- akan bergetar.

Tanda ini rasanya nikmat, dan bagi mereka yang sedar dan berdetak di hatinya bahawa mungkin ini adalah tanda kematian maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah sadar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu saja tanpa ada manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.



2. Tanda 40 Hari Sebelum Hari Kematian

Tanda ini juga akan terjadi sesudah waktu ‘Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pohon yang letaknya di atas ‘Arasy Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mulai membuat persediaannya ke atas kita antaranya adalah ia akan mulai mengikuti kita sepanjang waktu. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.



3. Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah sakit dimana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba dia berselera untuk makan.



4. Tanda 3 hari
Pada masa ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita yaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat diketahui / difahami maka berpuasalah kita setelah itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan turun, dan ini dapat diketahui jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.



5. Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu ‘Asar dimana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di bahagian ubun-ubun dimana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu ‘Asar keesokan harinya.



6. Tanda akhir
Akan berlaku keadaan dimana kita akan merasakan satu keadaan dingin di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.



Penutup Tanda-tanda Ajal Bakal Menjemput | Tanda 100 Hari Sebelum Hari Kematian Anda

Sesungguhnya marilah kita bertakwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita termasuk di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda- tanda kematian ini; semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan baik dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri, dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita. Namun demikian, sesuai dengan sifat Allah SWT Yang Maha Kuasa lagi Pemurah, Maha Pengasih, maka diriwayatkan bahawa tarikh kematian seseorang manusia itu masih dapat diubah dengan amalan doa, baik doa dari kita sendiri maupun doa dari orang lain. Namun hal ini adalah ketentuan Allah SWT semata-mata.
Oleh kerana itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan waktu dan kesehatan tubuh / badan dan juga fikiran dalam sedaya-upaya kita untuk mencari keredhaan Allah SWT di dunia mahupun akhirat kelak.
Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

Wallahu a’lam…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...