si kacak si cantik

diri mu chenta

tika aku memandang langit
ku sentiasa berharap
kan ku lihat bayangan wajahmu
kerana diriku disini amat merinduimu
disaat ini
aku ingin dirimu datang di pintu hatiku
bersama lautan kesetiaan dan keikhlasan
yang telah kita padukan dihati kita berdua
dan aku tersenyum dibalik awan putih itu
kerana aku tidak mampu melafazkan apa yang ada dihatiku kala ini
sayang
ku tahu pengorbananku tidak seberapa
namun aku mahu dirimu tahu
walaupun sedikit pengorbanan yang ku lakukan
ianya adalah kerana ku cinta padamu
bersama mentari yang menyinari
aku mahu menjemputmu
bersama damai jiwamu yang tertulis untukku
bila diriku menjadi yang terbaik untukmu
biarkan diriku mencintaimu sepenuh hatiku
bila aku menjadi pilihan hatimu
biarlah diriku mendampingi dirimu
disaat senang..disaat susah
biarlah diriku menjadi
sebahagian kecil hatimu
kerana diriku hanya ingin bersamamu
SELAMA-LAMANYA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...